Linda Onn Punya cerita
Untuk yang minat atau nak tahu info artist Malaysia, ruangan ini di wujudkan bagi menambah sedikit ilmu pengetahuan anda terhadap orang-orang yang live in our entertaiment industry. so have fun!!!
Sumber: Artist Glamour @ fotopages
Credit:Owner & Publisher not us (SR-7-22)
PERINGKAT AWAL
* Penghujung Januari 2007 - Linda diberitahu oleh Rostam (Pengurus Program Era) tentang pemilihan Linda untuk ke Los Angeles.
* Setelah disahkan melalui perbualan telefon bersama Nini (Star Movies),Linda kemudian berhubung dengan Shamel (pegawai Star Movies) untuk perkara-perkara yang lebih lanjut.
- Linda diberitahu yang mereka (Star Movies) akan mencari pakaian jenama antarabangsa untuk Linda bagi acara besar ini.
- Surat permohonan pinjaman/tajaan baju daripada BCBG diberikan kepada Linda (bertarikh 9 Februari 2007 seperti dilampirkan).
- Demi untuk memenuhi kehendak STAR MOVIES,Linda pergi ke Butik BCBG (KLCC) dan mencuba pakaian mereka.
Setelah dipilih pakaian yang sesuai dengan imej Linda, Linda diberitahu oleh pembantu pelanggan BCBG bahawa pakaian itu model lama dan tidak dicadangkan untuk ditaja. Hanya pakaian model baru yang boleh ditaja.
namun pakaian model baru tidak sesuai dengan imej Linda dan Linda
mengambil keputusan menggunakan khidmat Jovian (yang mana Linda
mengupahnya untuk pakaian Linda bagi acara Anugerah Bintang Popular)
- Setelah diberitahu kepada Shamel,dia setuju dan meminta lakaran pakaian tersebut ditunjukkan terlebih dahulu kepada pihaknya. Peluang ini digunakan Linda untuk mereka fesyen pakaian yang sesuai dengan imej Linda dan menampilkan ciri Melayu dan ketimuran.
- Setelah siap lakaran dan dalam pada masa yang sama pakaian tersebut dalam proses disiapkan, dengan bangganya Linda memberitahu bahawa pakaian Linda adalah gabungan kebaya (yang menampakkan ciri-ciri wanita timur) dan gaun labuh (sedikit sentuhan barat) .
- Kira-kira 2 minggu sebelum tarikh dijangka berlepas ke LA (22hb Feb),
Linda diberi surat sokongan oleh pihak STAR Movies untuk permohonan VISA
US. 16 Februari 2007, Linda menghadiri temuduga permohonan VISA bersama
kakak (Intan) dan ianya diluluskan. Pihak kedutaan meminta kami kembali
untuk mendapatkan VISA pada 21 Februari 2007. Pihak STAR Movies maklum
akan proses permohonan dan kelulusan visa ini.
Kronologi peristiwa ('kehilangan' Linda)
20 Feb 07
- Sidang akhbar bersama media, mengenai pengumuman Linda dan Dominic ke Los Angeles untuk acara 'Live From The Red Carpet-79th Academy Awards' anjuran Star Movies di Star Hill,KL. Nini dan Shamel bersama beberapa staf Star Movies yang lain turut hadir.
- 'Sketch' atau lakaran baju yang dilukis oleh Jovian ditunjukkan kepada Shamel dan Shamel kemudiannya menunjukkan kepada Nini sebelum sidang akhbar bermula. Menurut Shamel,Nini setuju dengan lakaran yang diberi dan Shamel juga turut memuji lakaran pakaian tersebut.
- Di sidang akhbar yang sama,nama Jovian sebagai pereka Indonesia untuk baju Linda dinyatakan dihadapan Nini dan berbelas wartawan yang lain.
- Keadaan masih berjalan lancar.
21 Feb 07
- Berita mengenai sidang akhbar disiarkan di kebanyakan akhbar di Malaysia 22 Feb 07 (waktu Malaysia)
- Semuanya dalam keadaan baik seperti yang dirancang. Linda dan Intan bertolak ke Los Angeles dari KLIA jam 3 petang.
- Kapal terbang transit di Taipei.
- Keadaan masih baik. Tiada sebarang panggilan atau sms diterima daripada sesiapa.
22 Feb 2007 (waktu LA)
- Tiba di LAX Airport, Los Angeles lebih kurang jam 7 malam (11 pagi waktu Malaysia- 23 Feb)
- Sejurus tiba, Linda menerima sms daripada Pengurus Besar Stesyen Radio ERA (En. Rostam) meminta Linda menghubungi beliau dengan segera.
- Setelah dihubungi, beliau menyatakan Pihak Pengurusan Tertinggi ASTRO (majikan Linda) menerima panggilan telefon daripada seseorang yang berpengaruh di Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang 'melarang' Linda mengenakan pakaian pereka fesyen Indonesia (Jovian) untuk acara 'red carpet' di Academy Awards nanti dengan alasan mempertikaikan mengapa Linda menggunakan khidmat pereka fesyen luar dan bukan pereka fesyen tempatan.
- Rayuan Linda tidak diterima oleh Rostam.
- Setelah itu,perbualan demi perbualan telefon berlangsung antara Linda dan Pengurus Rangkaian AMP (Cik Kudsia Kahar) yang mana Linda merayu untuk terus mengenakan pakaian yang telah sedia ada dibawa.
- Menurut Kudsia,pakaian gantian akan diterbangkan ke LA.
- Rayuan Linda tidak diterima oleh Kudsia.
23 Feb 07
- Keluar bersama Dominic,Cheng (PA Star Movies) untuk berjumpa Debra (produser) di Kodak Theatre untuk mempelajari kedudukan kamera,hos dan sebagainya.
- Perbincangan Linda,Dominic dan Debra berjalan dengan lancar
- Rayuan demi rayuan terus dibuat oleh Linda kepada Kudsia. Kudsia cuba membantu menenangkan fikiran Linda yang terganggu mengenai perkara ini .
- Perbualan telefon yang sangat panjang tetapi tetap diakhiri dengan keputusan yang sama.
- Linda meminta Kudsia memberi bukti 'larangan'dalam bentuk bersurat (hitam-putih) dimana Pihak Pengurusan Tertinggi ASTRO menerima arahan daripada seseorang di Jabatan Perdana Menteri tetapi menurut Kudsia,tiada surat menyurat antara mereka. Katanya, surat rasmi tidak diperlukan oleh kerana panggilan tersebut dibuat pada waktu malam, kira-kira 10.30 malam pada hari Khamis (22 Feb) (waktu Malaysia) kepada Pihak Pengurusan Tertinggi Astro iaitu Mr Ralph Marshall.
Menurut Kudsia lagi , panggilan yang dibuat oleh seseorang daripada JPM sudah cukup kuat untuk sesuatu arahan. Andaikata pakaian tersebut disarung juga,pelbagai masalah akan timbul. Antaranya lesen stesyen TV akan ditarik,kontrak sebuah siaran TV tidak akan disambung dan kerjaya serta kontrak Linda di stesyen TV dan radio bakal tergugat.
-Linda bertanya kepada Kudsia - Benarkah termaktub dalam mana-mana undang-undang yang menyatakan orang Malaysia tidak boleh mengenakan pakaian pereka luar negara? Jawab Kudsia - Beliau bersetuju yang sepanjang pengetahuannya,tiada undang-undang sedemikian.
-Puas Linda memujuk Kudsia agar beliau dapat berbual dan memujuk pihak atasan supaya Linda boleh mengenakan pakaian yang selesa dan sesuai dengan Linda tetapi beliau mengatakan ini adalah arahan pihak atasan,bukan dari beliau.
- Menurut Kudsia,beliau berkali-kali merayu bagi pihak Linda kepada pihak atasan dan terus memujuk Linda supaya menerima keadaan.
- Perbualan yang sangat panjang bersama Kudsia dan rayuan serta pujukan membuat Linda tersentuh untuk mempertimbangkan semula walaupun dalam keadaan yang amat berat.
- Menurut Kudsia,pakaian Linda akan diterbangkan bersama dengan salah seorang pereka terkemuka di Malaysia
- Rayuan dibuat kerana Linda kurang selesa dengan pertukaran pada saat-saat akhir (last minute).
Tambahan lagi pakaian tersebut dikatakan dibuat dalam keadaan 'kecemasan'
- Linda terus menanti pakaian yang akan tiba dan mengharap kesesuaian pakaian tersebut.
24 Feb 07
- Seperti yang diaturkan oleh Cheng,perjumpaan untuk 'rehearsal' bersama Debra akan diadakan pada jam 5.30 petang tetapi Cheng telah datang ke bilik Linda lebih kurang jam 3.30 petang untuk membawa Intan (kakak merangkap pembantu peribadi) pergi mencari bodysuit. Menurut Cheng ini adalah atas arahan pihak Star Movies.
- Intan enggan menemani Cheng kerana tidak mahu meninggalkan Linda seorang di dalam bilik. Walaubagaimanapun,Linda telah memberitahu Cheng saiz yang sesuai untuk Linda.
- Akhirnya,kami tidak pasti kenapa Cheng tidak keluar membeli apa yang telah diarahkan oleh pihak Star Movies kepadanya
- Cheng tidak keluar dari bilik kami dan berkali-kali mengatakan dia tumpang duduk di bilik kami kerana biliknya sedang dikemas (housekeeping)
- Lebih kurang 5 petang,kami pergi ke pejabat Debra untuk menjalani latihan (rehearsal)
- Linda mendapat berita daripada Cheng bahawa Nini (Star Movies) akan tiba bersama pakaian rekaan Radzwan Razwill. Tidak dinafikan,pereka tersebut adalah pereka yang terkenal dan Linda bersetuju rekaan-rekaan beliau amat menarik.
25 Feb 07
- Seperti yang diaturkan,pada jam 10.30 pagi,jurumekap dan jurudandan rambut akan datang ke bilik Linda untuk memulakan persiapan bagi acara Academy Awards dan kami harus bergegas ke Kodak Theatre pada jam 12.30 tengahari
- Tiada apa-apa berita mengenai pakaian Linda .
- Pada jam 6 pagi,Cheng datang ke bilik kami dan memohon supaya Linda mengadakan latihan bersama Nini yang baru tiba dari Malaysia dan kemudiannya menjalani latihan bersama Dominic pula.
- Intan agak terkejut kerana tiada apa-apa rancangan yang diaturkan sebelum ini mengenai perkara ini dan tidak mahu mengganggu masa rehat Linda.
- Cheng memohon Intan menelefon Nini terus dan kemudian pulang ke biliknya.
- Perbualan antara Intan dan Nini menyentuh mengenai pakaian. Intan terus merayu dan memohon berkali-kali kepada Nini supaya mempertimbangkan semula permintaan kami memandangkan masa yang diberi
sudah sangat suntuk . Walaubagaimanapun,Intan memohon Nini datang ke bilik untuk melihat pakaian yang sedia ada dibawa oleh Linda.
- Setelah melihat,Nini memberi pujian pada pakaian tersebut namun tetap dengan pendiriannya.
- Perbualan Intan dan Nini diakhiri dengan permohonan Nini untuk mengadakan sesi latihan pada jam 9 pagi dan akan menyentuh semula mengenai pakaian hanya selepas latihan. Kata Nini,"We'll talk about the
dress later"
- Selepas latihan dijalankan bersama Dominic,lebih kurang 11 pagi,jurumekap dan pendandan rambut sudah pun berada di bilik.
- Keadaan berjalan lancar. Nini tidak langsung menyentuh soal pakaian bersama Linda.
- Dalam keadaan persediaan,Nini muncul bersama pakaian yang dibawanya lebih kurang jam 11.30 pagi.
- Keadaan menjadi sedikit tegang dan tertekan kerana kami menyangka soal pakaian bukan lagi menjadi isu.
- Akhirnya Linda menyarungkan pakaian tersebut dan ternyata tidak selesa disebabkan ;
1) Korset yang tidak sesuai dan tidak selesa dengan bahagian atas tubuh Linda. (Ini kerana tiada proses 'fitting'/ukuran badan yang dilakukan bersama Radzuan). Lalu kata Nini,gunakan saja pakaian dalam Linda yang ada dibawa untuk menyesuaikan korset tersebut agar padan di badan. Linda rasa kurang selesa. Ini kerana, agak kurang manis dan tidak sesuai apabila mengenakan kebaya berkorset tetapi 'tali' pakaian dalam dapat dilihat jelas. Ini sedikit sebanyak boleh mengganggu konsentrasi persembahan Linda.Tiada pakaian tambahan yang Linda bawa kerana tidak sangka terjadi hal sebegini di saat akhir.
2) Kain lace baju kebaya itu berwarna coklat cair (skin color) yang mana jelas seolah-olah menampakkan sebahagian besar warna kulit Linda. Ini juga turut membuatkan Linda kurang selesa. Linda tidak mempunyai masalah mengenakan baju lace jika ia berwarna lain dan bukan seperti 'skin
color'. Jika ia berwarna,mungkin boleh dipertimbangkan lagi.
* Dalam keadaan yang terlalu suntuk,Linda seolah-olah tidak diberi peluang untuk membuat pilihan. Linda tidak menyalahkan pereka fesyen tersebut kerana kami tidak pernah bertemu untuk sesi ukuran badan dan pilihan pakaian,apatah lagi menanyakan tentang keselesaan Linda.
* Linda cuba terus bersikap terbuka dan berkompromi. Andaikata Nini membawa beberapa pasang pakaian gantian (2 , 3 atau 4) dari Malaysia di saat-saat akhir begini,pastinya Linda ada beberapa pilihan, tapi hanya satu sahaja baju gantian yang dibawa dan itu sahaja baju yang boleh keluar di TV? (Pada awalnya,Linda sangka mereka akan terbangkan beberapa pasang baju gantian supaya Linda boleh
membuat pilihan)
* Intan dan Linda merayu buat kesekian kalinya agar Nini mempertimbangkan semula permintaan kami untuk mengenakan baju Jovian di saat-saat akhir,namun Nini tetap berkeras.
* Nini berkata,"You are not doing a fashion show,you are just the host".
(Anda bukan membuat persembahan pakaian,anda hanya sebagai pengacara).
Begitu jugalah di benak fikiran Linda. Linda bukan seorang model pakaian tetapi hanya pengacara. Mengapa semua orang begitu terdesak mengenai pakaian Linda ?
* Menurut Nini,pakaian rekaan Radzwan Razwil ini telah diperlihatkan kepada pihak pengurusan tertinggi (antaranya Rohana-CEO Astro, Kudsia Kahar dan Ralph Marshall) yang berada di Malaysia dan hanya pakaian ini sajalah yang boleh ditayangkan di acara siaran langsung itu. Pakaian lain tidak
dibenarkan untuk ditayangkan. Apatah lagi baju Jovian.
* Linda bertanya kepada Nini apakah perkara yang paling buruk akan terjadi jika Linda terus memakai pakaian Linda. Jawab Nini," Linda,If you don't wear this dress,you're not going on TV". (Linda,jika anda
tidak pakai baju ini,anda tidak akan keudara di TV)
* Apabila Linda berkata yang Linda sungguh tidak selesa dan tidak boleh mengenakan pakaian itu,Nini berkata dengan nada tegas,"...then you are not going to be on tv- pack your things". Lantas Nini terus keluar dari bilik hotel Linda.
* Linda tersentap dan sangat sebak mendengar ungkapan yang sungguh keras daripada beliau. Dengan harga diri dan maruah yang sangat tinggi,Linda dan Intan mengemas barang. Ternyata pujukan dan rayuan kami tidak diendahkan. Linda anggap ini satu penghinaan kepada profesionalisme
Linda dan pengalaman yang Linda miliki sepanjang karier. Sungguh tidak disangka.Hanya disebabkan sepasang baju,penat lelah Linda ke LA, tidak tidur malam Linda untuk acara ini,ulangkaji yang berulang kali,berjauhan dengan keluarga di Malaysia dan segala pengorbanan, semuanya rasa seperti tidak berbaloi.
* Di waktu itu Linda rasa seperti diugut dan dipaksa. Ini adalah kali pertama dalam hidup Linda sepanjang menjadi pengacara TV hampir 10 tahun ,'diugut' sebegini. Mengapa perlu ada nada ugutan dan nada paksaan ? Sedangkan ini tubuh Linda dan Linda berhak menentukan apa yang disarungkan di tubuh
sendiri atau sekurang-kurangnya ada perbincangan terlebih dahulu dan unsur tolak-ansur. Inikah profesionalisme?
* Demi untuk mempertahankan prinsip, maruah dan harga diri selepas diperlakukan begitu,Linda tidak ada pilihan dan menerima hakikat walaupun, pada masa yang sama memikirkan keghairahan untuk mengacara di acara yang sangat berprestij itu. Bukan kemahuan Linda,apakan daya sudah tidak dibenarkan.
Sewaktu mengemas barang, beberapa minit selepas itu, Nini kembali untuk mengambil semula pakaian tersebut dan memberitahu Intan,"...Kalau wartawan tanya saya, saya akan cakap Linda sakit teruk ya? ".
* Intan lantas menjawab - "Just tell the truth"
(Ceritakan sahaja perkara yang sebenar)
* Selepas kami mengemas, kami singgah ke bilik Cheng untuk mengambil salinan gambar kenangan dari kameranya tetapi dia tidak ada di situ. Selepas itu,kami ke bilik Dominic untuk mencari Cheng. Cheng tiada. Yang ada hanya Dominic,Nini dan 2 orang jurumekap
* Di sana, Nini dan Dominic pula merayu Linda untuk keudara tetapi masih lagi perlu mengenakan pakaian yang sama. Maka, Linda masih tiada pilihan.
* Di lobi hotel,Nini berjumpa kami (Linda dan Intan) dan meminta kami mengembalikan pas masuk ke 'red carpet' Academy Awards.
* Linda dan Intan terus berlalu keluar dari hotel